yay tak perlu lukis kat kertas dah...
Adakah anda pernah terfikir untuk melukis atau merwarna dengan menggunakan Ipad atau Iphone. Kalau jawapan kamu adalah "Ya" kamu akan gembira mengetahui alat "Sensu Brush" ini yang membolehkan anda melukis di Ipad/Iphone kamu. Harga: RM 179
2. Smartstick
syoklah boleh tonton Netflix kat TV dah !
"Smartstick" adalah sebuah alat yang dipasangkan di HDMI Port dibelakang Televisyen anda dan menjadikan TV anda menjadi TV Pintar yang boleh mengunakan applikasi yang seperti dalam telefon pintar anda. Ia membolehkan kamu mengunakan apps seperti Spotify, Youtube, Netflix dan banyak lagi. Harga: RM 200 (4GB-Wifi) dan RM 320 (8GB-Wifi)
3. Looxie HD Explore
Kamera kecik yang mempunya function hands free huhu...
Kamera Looxie HD Explore ini adalah sebuah kamera kecik yang boleh dipakai di bahagian kepala ia boleh merekod dan membuat live streaming dalam 1080p dan berfungsi dengan apps di telefon pintar anda. Harga: RM 1,000
4. Violight Cellphone Sanitizer
adakah kamu tahu ada banyak kuman yang terdapat pada telefon bimbit kita?
Sebuah mesin yang membasmi kuman atau bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita dalam masa 5 minit sahaja. Harga: RM 95
5. Powerdock 5
boleh sekaligus caj semua gagdet kita..
Sebuah gadget yang boleh mengecas 5 device pada masa yang sama. Tapi harga die agak mahal gak. Harga: RM 380
6. Pong Case
telefon pintar mengeluarkan banyak radiasi tau!
Sebuah casing yang boleh mengurangkan radiasi yang berpunca dari telefon pintar anda dan meningkatkan signal telefon. Harga: RM 240
7. IN1 Multi Tool Case
Rasanya tak pas sekuriti kat lapangan terbang kot...
Casing iphone yang sangat berguna di dalam casing mengandungi pemutar skru bentuk - dan +, gunting, pen bewarna merah dan biru, Penyepit, Pengisar Kuku, Pengcungkil gigi. Harga: RM 120
8. Belkin Mixit Rockstar Cable
boleh kongsi dengar muzik sesama kawan...
Alat ini membolehkan kamu memasang 5 set fon kepala pada masa yang sama. Harga: RM 32
9.Tile
selalu mencari kunci tak tau kat mana?
Sebuah alat yang sangat berguna pada pendapat saya. Ia adalah sebuat alat kecil yang menghasilkan gelombang yang boleh menjejak lokasi benda yang kamu nak cari seperti kunci, dompet, dan lain-lain. Appsnya membolehkan Tile menghasilkan bunyi dan juga mempunyai sensor yang menunjukkan dimana ia berada. Harga: RM 100
10.Everpurse
zzz kenapa takder keluar beg tangan atau dompet lelaki ni !
Ciptaan yang sungguh berguna ia datang dalam bentuk beg tangan atau dompet yang membolehkan anda mengecas telefon pintar atau tablet tanpa sebarang wayar anda cuma perlu taruk benda yang nak dicharge dalam beg tu je. Tapi harganya ...... RM 2,800 sebab brand bag die Kate Spade kot










No comments:
Post a Comment